fbpx

Norman Hakim Tiada Niat Tunjuk Keluarga Bahagia

Seringkali berkongsikan gambar bersama bekas isteri dan juga keluarganya kini, Norman Hakim menafikan apa yang dilaluinya itu adalah untuk tujuan menunjuk atau pun mempamerkan kemewahan mereka. Apa yang pasti, Norman melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif.

BACA: “Norman Hakim & Memey Suhaiza Memang Dicipta Untuk Bersama”

“Kita tak ada niat untuk pamer itu semua. Pada saya, apabila bercakap mengenai perkongsian melalui media sosial perlulah seiring dengan niat kita. Bukan ingin menunjuk, tetapi kalau boleh mahu sama-sama dapat manfaat”

“Mungkin kalau ada yang cuba ikut, secara tidak langsung perkara yang baik kita dapat pahala dan berkat. Mungkin kalau tidak semua, jika ada 10 peratus yang boleh menerima perkongsian itu dan praktikkan, kita pun sama-sama dapat ganjaran dari-Nya,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Tambah Norman, keakraban dia dan juga bekas isteri Abby Abadi juga sebenarnya mampu menjadi contoh kepada orang ramai malah dia sendiri turut membuang jauh ego demi kepentingan anak-anak. (rtky/s)