fbpx

Nora Danish Sah Kahwin Tahun Ini

Tidak berselindung mengenai perjalanan hidupnya, Nora Danish melalui Harian Metro mengakui bahawa dia dan juga Nedim Nazri akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Bagaimanapun Nora belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut tentang majlis tersebut.

BACA: Nora Danish Pasang Niat Mahu Bertudung

“Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini,” katanya.

Selain itu, ketika disoal sama ada Nora akan melangsungkan perkahwinan sebelum Aidilfitri, pelakon wanita ini enggan memberikan sebarang bayangan tentang bila majlis mereka akan berlansung. Tambah Nora lagi, selepas kahwin, dia akan fokus kepada perniagaan.

“Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang. Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri”

“Tambahan pula saya memiliki perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus,” jelasnya. Apa pun, semoga segala perancangan pasangan ini berjalan lancar. Pereka busana pengantin pastinya antara pihak terawal yang akan mengetahui bila agaknya pasangan ini akan berkahwin. Mungkinlah. (rtky/s)