fbpx

Nora Danish Pasang Niat Mahu Bertudung

Mula menceburi bidang perniagaan menjual tudung beberapa tahun lalu, pasti ramai tertanya bila lagi Nora Danish mahu berhijab. Dengan itu, Nora menjelaskan bahawa dirinya ada memasang niat untuk berhijab namun enggan terburu-buru membuat keputusan itu serta menghebohkan perkara berkenaaan yang sehingga kini masih kurang pasti.

BACA: Nora Danish Tidak Mahu Hantaran Kahwin

“Seperti Elfira yang sudah pun berhijab, saya juga memasang niat ke arah itu, insyallah. Cuma saya tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang kurang pasti. Doakan saja yang baik-baik”

“Saya percaya semua orang mahu berhijrah ke arah menjadi insan lebih baik. Saya sendiri tidak terburu-buru dalam hal ini. Saya tidak mahu nanti, selepas mengenakan tudung, saya kembali dengan imej tidak menutup kepala,” jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Dalam masa yang sama, menyentuh pula hubungan cintanya bersama Nedim Nazri yang sudah sekian lama terjalin, Nora menegaskan bahawa beliau sememangnya ingin berkahwin pada tahun ini cuma terpaksa merahsiakan tarikhnya terlebih dahulu. Apapun semoga niat Nora untuk berhijab mahupun mendirikan rumah tangga bakal termakbul. (rtky/w)