Usahawan Noor Nabila menjadi perhatian apabila mendedahkan dia berhabis ratusan ribu ringgit untuk menjaga kecantikan kulit.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila memuat naik satu konten serta mendedahkan dia berbelanja sehingga RM140,000 setahun untuk memiliki kulit cantik tanpa sebarang solekan.
BACA: Dikritik Tunjuk Isyarat ‘L’, Noor Nabila Kekal Tenang

“Tanpa mekap, tetap berseri. Ya, ini memang satu pelaburan. Ultherapy. Emface. Exion. Titanium. Profhilo. Pico. Skin Boosters. Laser.
“Pelaburan tahunan: RM140,000 (mungkin lebih). Pulangan: Keyakinan yang tidak boleh dibeli dalam botol,” tulisnya.
Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang terkejut dengan jumlah yang diperuntukkan untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa mekap.