Dikritik Tunjuk Isyarat ‘L’, Noor Nabila Kekal Tenang

Baru-baru ini tular video memaparkan usahawan Noor Nabila didakwa melakukan isyarat tangan ‘L’ yang membawa maksud kepada ‘loser’ kepada El Rumi.

Terbaru, perkongsian Nabila menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya dengan kapsyen ringkas “read this, unbothered” seolah memberi bayangan dia tidak peduli dengan komen negatif netizen.

BACA: Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi? Netizen Kata “Hilang Terus Classy Dia”

Sementara itu, dalam satu hantaran lain Nabila memuat naik gambar pelan dipercayai rumah baru miliknya.

“While they talk cheap, I build big. Oh hello next door. You are mine now,” tulisnya.

Terdahulu, rata-rata netizen terkejut melihat video berkenaan tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah benar itu adalah Nabila kerana dilihat sering tampil anggun dan classy.

×