fbpx

Nina Iskandar, Suami Selamat Timang Anak Pertama

Dalam kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram beliau, Nina Iskandar meluahkan rasa bersyukur apabila telah selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya Adlan Adzanan.

Dalam sekeping gambar yang dikirimkan, Nina Iskandar dilihat merenung dengan penuh kasih sayang mata anak pertamanya itu. Beliau dan suami bagaimana pun belum bersedia untuk dedahkan jantina, nama atau wajah penuh anak mereka.

BACA: Difitnah Perampas, Nina Iskandar Saman Bekas Isteri Suami

Menurut tulisan Nina Iskandar, anak pertama beliau ini sepatutnya lahir pada awal tahun 2020 namun Tuhan lebih tahu apa yang dirancang-Nya. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat pasangan itu atas kelahiran anak sulung mereka.

Ramai juga yang tidak sabar untuk lihat wajah penuh bayi pertama Nina Iskandar dan suami. (rtky/m)