Difitnah Perampas, Nina Iskandar Saman Bekas Isteri Suami
Meskipun sudah mendirikan rumah tangga sejak April lalu, kemelut antara Nina Iskandar dan bekas isteri suaminya masih tiada kesudahan.
Malah, Nina juga dituduh menjadi perampas dan punca suaminya iaitu penolong pengarah Azlan Adzanan atau Lan Lebah dan bekas isterinya bercerai. Bagaimanapun, Nina menafikan sekerasnya tuduhan tersebut.
BACA: Nina Iskandar Kemalangan, Retak Tulang Belakang
Menerusi Instagram, Nina menjelaskan dia mula menjalin hubungan serius dengan Lan setahun selepas suaminya itu berpisah dengan bekas isterinya.
“Saya persumpah dengan nama Allah bahawa semua dakwaan itu adalah tidak betul sama sekali. Suami saya dan bekas isterinya sudah berpisah hampir setahun sebelum kami berjumpa dan mereka bercerai secara rasminya pada Januari tahun lalu bukan Februari.
“Mereka dah lama ada msalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius selepas semua itu terjadi. Soal jodoh rahsia Allah,” tulisnya.
Nina turut meluahkan rasa kecewa apabila hal itu hanya mula dibangkitkan semula selepas majlis resepsinya Ahad lalu.
Dalam pada itu, Nina memberitahu dia sudah mempunyai semua bukti dan sudah pun menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorangnya merupakan jurusolek.
“Saya telah menghantar notis untuk menyaman beberapa pihak dan salah seorang daripad mereka merupakan jurusolek. Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya.
“Kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula ‘menyalak’ semula,” katanya.
Terdahulu, Nina mencetuskan kontroversi panas apabila dia didkawa menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah itu bersama bekas isterinya yang merupakan seorang pramugari.
- SUMBER
- mStar Online
Alah jantan mcm ni korg sibuk nk berebut2 bodohnya korg ni..
yg ni artis yg jual madu tu ke sis?,
Buat apa buang masa dan duit nak saman ? ko bukan femes mana pun. lagi satu, sok lusa tak tau jodoh ko sampai kemana. jgn cpt koyak lah..lama2 org pun tak kisah hal ni.
“Mereka dah lama ada msalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius selepas semua itu terjadi. Soal jodoh rahsia Allah,” tulisnya.
Yg kau sibuk2 nak rapat dengan org ada masalah rumah tangga buat apa. Manatau org nak cuba rujuk ke. Sibuk2 interframe. Confirm la bcerai abis.
So maksudnya Btl la time org tu ada Krisis dia rapat . Lg nak pusing2..
Jantan muka cm pecah pintu kalo cm Fizo logik laa bersaman bagai!
Pengarah kau nak rampas …. Ish …takpe mcm ude laki kering tu maksud aku jering tu ada la juga standard nak rampas … Ude kan handsome kayaraya pulak …anak tan sri ….harta dalam dan luar negara byk pulak tu mcm tu okey la nak rampas …
hahaha.. lusuh ek…
Uda anak tansri ke .biar betik.nampak muka lusuh je
Alahai kinah …
baju kawin dia tu alahaiiiii…not flattering at all..org jarang sgt dah bju stail mcm tu
hahaha.. lusuh ek…
penolong pengarah jer kuttt… tu pon nk berebuttt..
1) entah tak pernah aku dengar nama dua ekor ni
2) baju tu pinjam dari drama tahun 80an …
aku ingtkan gambar vintage….baru eh.
oi pompuan, org tu tgh masaalah yg kau rapat apsal…abis skrg step play victim lak. padahal mengharap cepat2 cerai sebab nak sapu.
muka mcm sepah dek rimau pun berebut. mcm kekurangan jantan single…
Eleh pompuan ni memang suka caras suami orang pun. Dulu pun dia ada affair ngan Dato VIP yang suami artis terkemuka. Pandai jer coverline.