fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai babak bercium Hun Haqeem dan Daiyan Trisha berlapik kain dalam drama bersiri W Two Worlds menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Sudah mula ditayangkan, tular babak tersebut di aplikasi X dimana Daiyan yang membawa watak Izara yang seakan ‘cium berlapik’ denga Hun Haqeem yang membawa watak Alif.

BACA: Daiyan Trisha Nafi Bedah Muka, Suka Guna ‘Filter’

Melihatkan babak tersebut, aksi ciuman itu dihalang oleh salah satu watak lain dilakonkan oleh Elizabeth Tan yang bertindak melapik mulut aktres itu dengan pakaian.

Seperti sudah dijangka, babak tersebut menerima pelbagai komen negatif daripada netizen yang berpendapat tidak sesuai ditayangkan kepada masyarakat Malaysia.

Malah, ada yang mengatakan biarpun ianya diadaptasi dari drama bersiri luar negara namun mengapa tidak mengubah sedikit agar tiada adegan tersebut.