fbpx

Daiyan Trisha Nafi Bedah Muka, Suka Guna ‘Filter’

Pelakon Daiyan Trisha menafikan dakwaan mengubah bahagian tertentu pada wajahnya sebaliknya dia menegaskan perbezaan berkenaan adalah disebabkan penggunaan ‘filter’ ketika berswafoto.

Memetik Kosmo, Daiyan berkata dia bersyukur dengan dengan wajah kurniaan Tuhan serta mengatakan dakwaan tersebut adalah salah faham.

BACA: Daiyan Trisha Sibuk Jadi Princess, Netizen Samakan Beg Dengan Bawang

“Bukan pembedahan plastik tetapi saya suka guna ‘filter’ ketika berswafoto. Saya suka guna filter tidak kira dalam Instagram mahupun TikTok terutama ketika swafoto yang mungkin menyebabkan wajah saya kelihatan agak berbeza.

“Saya memang tidak buat apa-apa pembedahan plastik, semuanya adalah kurniaan semula jadi Tuhan untuk saya dan sangat bersyukur. Orang boleh kata apa sahaja, kalau bersemuka dengan saya mereka akan temui jawapan,” katanya.

Dalam pada itu, Daiyan berkata dia enggan ambil pusing dengan dakwaan berkenaan serta yakin bahawa orang ramai bijak untuk menilai apabila melihat gambarnya.

“Lagipun, mereka (netizen) boleh tengok sendiri sama ada gambar tersebut guna filter ataupun tidak. Kalau guna mesti akan keluar di atas atau penjuru gambar tersebut filter yang saya gunakan.

“Dunia sekarang sudah moden, banyak kemudahan dan teknologi baharu yang boleh kita gunakan dalam media sosial,” katanya.