fbpx

Netizen Tak Restu, Jangan Berani Cipta #SaddiqLofa

Sejak menang dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini, nama Syed Saddiq menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi pemuda tersebut bukan saja memiliki wajah kacak, malah seorang yang bijak, hebat dalam berdebat dan masih lagi single.

Semalam, ahli Parlimen Muar itu dijemput ke program Meletop. Menerusi Twitter, Syed Saddiq sempat memuat naik gambar selfie bersama pengacara program tersebut Nabil dan Neelofa.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah kepsyen gambar tersebut yang dilihat seperti ditujukan kepada Neelofa, membuatkan ramai gadis tak keruan.

Disebabkan kepsyen itu, boleh dikatakan ramai gadis ‘kecewa’ dan tidak merestui jika Syed Saddiq memilih Neelofa sebagai kekasih atau pasangan hidup.

Seorang netizen menghangatkan lagi keadaan dengan mengatakan, jangan ada sesiapa berani mencipta hashtag Syed Saddiq dan Neelofa.

Perempuan lain boleh, Neelofa dengan Elfira jangan!

Boleh tahan juga penangan Syed Saddiq ni. Baru upload satu gambar dah jadi macam ni. Minta maaf la YB, ramai yang tak merestui, kena cari calon lain jawabnya.