fbpx

Susulan kes melanggar kontrak penggambaram sebuah drama, penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Idris Khan sepakat untuk selesaikan secara baik di luar mahkamah.

Memetik mStar Online, A. Aida menarik balik saman terhadap Idris sebagai defendan kedua tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut.

BACA: Amelia Henderson Nafi Langgar Kontrak Drama A. Aida

Keputusan menarik balik itu telah dibuat ketika perbicaraan hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Sementara itu, Idris diperintahkan membayar RM3,780 kepada plantif selain tidak boleh menfailkan saman malu kepada A. Aida.

Dalam pada itu, menerusi perbicaraan sama, defenden pertama iaitu Amelia Henderson kekal dengan keputusan sebelum ini untuk meneruskan perbicaraan.

Terdahulu, A. Aida yang juga penerbit drama Sekali Lagi Cinta Kembali mengambil tindakan undang-undang terhadap Amelia dan Idris berikutan penarikkan diripada membintangi drama tersebut pada saat akhir.