fbpx

Neelofa Dedah Sikap Sebenar Ameera Khan

Dalam ramai-ramai adik-beradik Neelofa, adik perempuannya berusia 18 tahun ini iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial dan mungkin bakal mengikut jejak langkah kakaknya.

Neelofa mengakui sangat bangga dengan pencapaian adiknya itu dan tidak sangka Ameera mampu melibatkan dirinya dalam industri hiburan sejauh ini. Ujarnya lagi, adiknya itu lebih kuat darinya dan tidak mudah terkesan dengan cakap-cakap orang mengenai dirinya.

BACA: “Suami Orang Kelantan? No, Thank You!” – Adik Neelofa

“Saya sangat bangga. Nasihat saya, untuk berada dalam industri ini mental perlu kuat dan kental. Saya pun tidak sangka dia boleh pergi sejauh ini. Sebenarnya, mental dia lagi kuat daripada saya sebab permulaan kami dalam industri sangat berbeza.

“Dia tidak bermula sebagai pelakon dan penyanyi atau pengacara, namun tidak mudah terkesan dengan apa yang orang kata tentang dirinya.

“Dia bertuah kerana saya sudah berada dalam bidang ini tatkala dia baru hendak bermula,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, Ameera memberitahu mahu berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan disamping dalam perniagaan seperti kakaknya. Bak kata peribahasa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.  Tidak mustahil suatu hari nanti Ameera juga mampu mencipta nama dan bakal mengikut jejak langkah Neelofa.