fbpx

Netizen Puji Sharnaaz, Nabila Bercuti Bersama Demi Anak

Meskipun sudah bercerai sejak 9 Julai lalu, namun netizen gembira melihat hubungan antara Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila yang tetap mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden.

Baru-baru ini, Sharnaaz dilihat bercuti di Langkawi bersama keluarga Noor Nabila menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagram Jebat Jayden.  Apa yang menjadi perhatian adalah gambar Sharnaaz sekeluarga bersama Nabila dan Jebat.

BACA: “Ada Yang Mengharapkan Kami Kembali Bersama…”

View this post on Instagram

Me, mommy & baba ?? ? : @_azizulazman

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang tumpang gembira melihat kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak. Malah, Jebat dilihat sangat gembira apabila dapat meluangkan masa bersama ibu bapanya.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih serta mahu melihat Sharnaaz dan Nabila bersama kembali sebagai suami isteri.

Terdahulu, Nabila berkata meskipun sudah berbaik demi anak, bagaimanapun dia tiada perancangan untuk kembali bersama bekas suaminya biarpun ramai pihak mendoakan agar mereka kembali bersama.

Menurut Nabila, dia akui lebih selesa dengan statusnya sebagai ibu tunggal dan mahu memberikan fokus kepada diri sendiri. Ujarnya lagi dia dan Sharnaaz sudah pun ‘move on’.