fbpx

Netizen Puji Nelydia Senrose Manis Berbaju Kurung Sutera

Rabu lalu, pelakon Raysya Rizrose akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Nabil Jeffri selepas 10 tahun menjalin hubungan cinta.

Dalam majlis akad nikah itu, kemunculan pelakon Nelydia Senrose menjadi perhatian apabila tampil manis berbaju kurung.

BACA: “Tak Perlu Panggil Saya Hajah, Segan Pula Rasanya” – Nelydia Senrose

Busana kuning cair Nelydia itu adalah hasil rekaan Zaimi Zulkafli. Menerusi perkongsian Zaimi, dia mendapat inspirasi baju kurung tersebut ketika bercuti di Gili Trawangan.

Menurutnya, ia diilhamkan daripada warna langit senja ciptaan Ilahi. Malah, nama Nelydia turut disemat dalam cetakan kain sutera tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaimi Zulkafli (@zaimizulkafli)

“Kurung Terawangan ini zaimizulkafli menerapkan lapisan atau layering pada pemakai untuk kelihatan sopan dan evergreen. 

“Nama Nelydia Senrose juga disemat dalam penghasilan cetakan kain sutera ini. Benda Indah selalunya berharga, tetapi Kita lupa keindahan Yang Allah beri lebih daripada nikmatnya,” tulisnya.

Perkongsian Zaimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji hasil tangan pereka fesyen tersebut dan lebih indah apabila ianya disarung oleh Nelydia.