“Tak Perlu Panggil Saya Hajah, Segan Pula Rasanya” – Nelydia Senrose
Rezeki buat pelakon Nelydia Senrose apabila memegang gelaran hajah di usia 28 tahun selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, Nelydia berkata dia mengakui segan apabila dipanggil gelaran Hajah dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sahaja.
BACA: “Kalau Orang Lain Kecewa, Saya Lebih Kecewa Dengan Diri Sendiri” – Nelydia Senrose
“Tak perlu panggil saya hajah, segan pula rasanya. Cukup dengan Nelydia saja,” katanya.
Berkongsi pengalaman mengerjakan rukun Islam kelima itu, Nelydia berkata ianya momen yang amat menakjubkan serta bersyukur segalanya dipermudahkan.
“Namun cukup sekadar saya katakan layanan Allah dan segala macam yang saya tempuh sangat cantik dan dipermudahkan. Walaupun saya pernah menunaikan umrah beberapa kali, tapi haji ini saya dapat rasa satu kelegaan yang sukar untuk diungkapkan.
“Benar orang kata pemergian mengerjakan haji ini ibarat kita berjihad dan berserah dengan apa saja ketentuan yang bakal berlaku. Saya serah segala-galanya kepada Allah dan mengharapkan kehadiran saya ini diterima dengan baik,” katanya.
Ditanya mengenai apa yang dipohon ketika berada di Tanah Suci, Nelydia mengakui dia tidak boleh menipu diri memohon untuk memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih baik serta terus istiqamah.
“Tipu kalau saya katakan kehadiran saya di sana bukan untuk mencari keredaan Ilahi. Di usia saya sekarang dan sudah melalui macam-macam fasa dalam kehidupan. Saya tidak boleh menipu diri.
“Allah itu Maha Mengetahui apa yang kosong dalam isi hati saya selepas melalui zaman remaja dan kini memasuki alam dewasa. Saya selalu berdoa supaya Tuhan tingkatkan keimanan dan beri saya kekuatan untuk terus istiqamah.
“Di bumi Allah memang kita boleh buat, tapi bila sampai sini lain pula ujian yang perlu dilalui. Jadi, saya selalu berdoa supaya Allah jauhkan saya daripada perkara yang boleh menghalang saya untuk melakukan sesuatu yang terbaik,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Eh xkan Mekah je bumi Allah?! Msia tuhan mana plak yg ko sembah sbg pencipta?! Peliknya perkataan ko ni?! Ko takut nmpk tua org panggil hajah ke?
Alhamdullilah dik, hebat kaw diusia muda menjadi tetamu Allah..pandai suami kaw mendidik, semoga terus kearah kebaikan jgn disiasiakan istqomah ni bukan penampilan aja..jgn dok ngidam nak beli kuda.
Maksud dia bumi Allah tu di tanah suci. Kat sanakan zon ibadah semata2. Kalau di sana, segala hal2 kerja office / business, kita tak ingat dah sebab berada di zon ibadah. Tapi bila balik Malaysia, kita sibuk dengan hal2 harian, anak2, kerja, study etc. Jadi susah nak focus. Bumi Allah sememangnya seluruh alam ni. Ayat dia cuma nak bezakan tempat yang mana kita hanya buat ibadah semata2 (lebihkan hal2 akhirat) dengan bila balik ke tempat dengan mcm2 urusan dunia yang kena dilaksanakan. InsyaAllah, saya doakan Deyy Podaah dan kita semua akan di dipanggil ke Tanah Suci suatu hari nanti. Bila dah berada di zon ibadah semata2, anda akan lebih memamahi.
Haji Hajjah ne di guna pakai kebnyakan negara belah asia tenggara or asia…negara2 arab takde nya pulak letak..heran pulak…
Masalahnya org melayu ni je yg bodoh konon hanya kt Mekah je doa makbul tu yg apa2 je sibuk nk wt umrah sbb nk doa nk minta hajat ke Mekah. Syirik bila kita menisbah Tuhan pd satu2 tempat. Nape xnk ke masjid atau surau je utk berdoa?! Nape x mau ke pondok, pusat tahfiz, rumah anak yatim, rumah oku, rumah warga tua utk cari ketenangan?! Sebab melayu ni mmg very tipikal dan very stereotype! Mcm lembu mkn rumput kt satu tmpt tu situ jek laa ko dok mencanguk!
Hey perempuan!! Suka ati ai.lah nak panggil u Hajjah. I mmg panggil semua yg pulang buat Haji Haji dan Hajjah. Its a free kontry yer.