fbpx

Nelydia Senrose Minta Ibu Doa Jodoh Di Mekah

Pelakon Strawberi & Karipap, Nelydia Senrose memberitahu bahawa ibunya bakal mengerjakan umrah pada penghujung Mei ini. Berikutan itu dia berharap ibunya mendoakan agar jodohnya diredhai dan direstui Illahi.

BACA: Nelydia Senrose Akui Tertekan Gosip Bertunang, Mahu Berdiam Diri

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai apa sahaja yang berkaitan hubungannya bersama Qi Razali kerana masih belum ada kata putus untuk ke fasa seterusnya.

“Mama akan mengerjakan umrah pada 29 Mei ini. Biar dia melakukan segala persiapannya untuk ke sana terlebih dahulu dan menyelesaikannya, begitu juga dengan saya sendiri yang akan menghabiskan kerja-kerja saya dahulu.

“Belum ada apa-apa lagi berita, saya pun tak tahu lagi benda itu. Untuk sekarang saya lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai perkara ini, sebab saya takut saya keluarkan apa-apa kenyataan nanti akan datang cerita di sebaliknya”

“Biar perkara tersebut benar-benar ke arah itu, barulah saya akan kongsikan,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Drama Komedi Bersiri Strawberi & Karipap kelmarin sambil menyatakan masih terlalu awal untuk dia berbicara mengenai persediaan bergelar seorang isteri atau tidak.

Nelydia Rimas Dengan Soalan Kahwin?

Nelydia turut menafikan bahawa dia rimas mengenai soalan-soalan yang diajukan kepadanya mengenai perkahwinan. Apa yang ditegaskannya adalah apabila sudah sampai masanya dia akan memberitahu kepada semua peminat.

“Rimas itu tak adalah, saya faham akan perkara ini. Cuma saya tak nak bertunang atau berkahwin disebabkan pertanyaan-pertanyaan, saya akan buat bila betul-betul saya ke arah itu walaupun orang menanyakan saya. Kalau ikutkan stress baik saya buat esok sahaja”

“Saya mahukan benda ini terjadi secara teratur dan baik. Kalau saya bercerita bila saya mahu langsungkan dan sebagainya itu, perkara ini akan jadi tak baik serta cerita pun jadi basi,” katanya lagi.

Sementara itu, Nelydia Senrose bersama-sama dengan kakaknya Uqasha Senrose akan membintangi Drama Komedi Bersiri Strawberi & Karipap bersama-sama dengan pelakon seperti Zizan Nin, Fattah Amin, Elfira Loy, Sharifah Sakinah, Amar Baharin, Rykarl Iskandar, Mia Sara, dan Jelita Kako.

Drama komedi bersiri Strawberi & Karipap musim kedua ini akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 11.00 pagi secara eksklusif menerusi saluran Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135). (rtky/hfz)