fbpx

Nelydia Senrose Akui Tertekan Gosip Bertunang, Mahu Berdiam Diri

Baru-baru ini pelakon Nelydia Senrose telah digosipkan bahawa dia telah menetapkan tarikh pertunangan dan sebagainya. Keadaan itu membuatkan dia berasa tertekan disebabkan gosip yang disebarkan melalui media sosial. Tampil di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL 2015), dia menafikan gosip tersebut dan menjelaskan perkara yang sebenar.

BACA: Qi, Nelydia Bakal Bertunang, Mahu Jauhi Kontroversi

“Saya stress dan tertekan apabila kenyataan itu bukan keluar daripada mulut saya sendiri. Sebagai perempuan lebih baik saya mendiamkan diri dan bila berita itu keluar serta orang uar-uarkan ianya sangat keterlaluan. Benda itu sudah jadi tidak bagus sebab saya masih ada keluarga.

“Jadi saya mengambil pendekatan untuk tidak bersuara dan lebih baik berdiam diri. Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk memfokuskan kerjaya sahaja. Sekiranya saya sudah betul-betul mempunyai tarikh yang tepat saya akan memberitahu kepada semua. Saya juga menyangkal segala perkara yang digosipkan itu, kalau sudah sampai jodohnya adalah nanti,” katanya yang enggan mengulas panjang terhadap isu yang cuba digembar-gemburkan ini.

Sementara itu, memetik kenyataan Nelydia di Berita Harian Online, mengenai hal pertunangan, Nelydia menyerahkan kepada pihak lelaki untuk datang berjumpa dengan keluarganya. Bagaimanapun, pelakon ini akur dengan situasi yang melandanya ketika ini kerana memahami asam garam dunia hiburan.

Sementara itu, Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad telah memenangi anugerah Hero dan Heroin Drama Pilihan dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL2015) yang diadakan malam kelmarin di Pusat Konvensyen Shah Alam menerusi drama Setitis Kasih Damia. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini! (rtky/hfz)