fbpx

Neelofa Dedah Status Sebenar Dengan Hans Isaac

Baru-baru ini, gambar Neelofa dan juga Hans Isaac lepak bersama di sebuah restoran telah tersebar di laman sosial. Dalam masa yang sama, perkara tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi tentang hubungan mereka.

BACA: Keluar Bersama, Hans Isaac & Neelofa Bercinta?

Umum mengetahui bahawa Neelofa dan Hans pernah bercinta namun tidak kesampaian sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

“Macam mana saya nak adakan benda yang tidak ada? Beritahu saya,” katanya kepada Harian Metro. Tambah Neelofa, dia dan juga Hans akan sentiasa menjadi kawan baik, sampai bila-bila.

“Malah, andai ada projek bersama atau kerjasama pada masa depan, ia pasti akan berlaku. Keluarga dan rakan-rakan kami pun tahu mengenai hubungan persahabatan kami ini,” jelasnya lagi.

Baguslah jika mereka mengambil keputusan untuk berkawan baik dan tidak bermusuhan seperti kebiasaan pasangan kekasih yang putus cinta. Apa pun, bagi peminat setia Neelofa, pasti mereka ternantikan idola mereka ini bertemu pilihan hati. (rtky/s)