fbpx

Keluar Bersama, Hans Isaac & Neelofa Bercinta?

Umum mengetahui, Datuk Hans Isaac dan Neelofa menjalin cinta satu ketika dahulu. Kisah hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah selepas 2 tahun bersama.

Namun baru-baru ini, pasangan itu dikatakan keluar bersama menonton konsert John Legend di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.

Berita itu tersebar selepas teman rapat Hans Isaac, Elaine Daly memuat naik video di Insta Stories. Video itu menunjukkan Hans Isaac duduk bersebalahan Neelofa di sebuah restoran terkemuka di Genting.

Lebih mengukuhkan dakwaan pasangan itu keluar bersama, Neelofa juga turut memuat naik videonya menikmati hidangan di restoran tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa dan Hans Isaac belum lagi mengeluarkan kenyataan tentang isu tersebut.

Jika benar pasangan ini benar-benar bercinta, apa salahnya. Dua-dua masih single, sama cantik sama padan pula tu.