Neelofa: Berhijab Lengkapkan Diri Saya
Untuk 24 jam yang lepas, berita paling mendapat perhatian ramai pastinya keputusan pelakon & pengacara, Neelofa untuk berhijrah dan mengenakan tudung secara penuh. Ianya mendapat reaksi positif dari para peminat dan suka akan penampilan barunya.
BACA: Neelofa Ambil Keputusan Berhijrah, Kini Berhijab Penuh
Dalam kenyataan terbaru kepada portal GUA, Neelofa berkata yang beliau tidak mehu dedahkan sebab kenapa beliau mengambil keputusan ini dan biarlah ianya menjadi rahsia peribadi.
“Memang betul ini adalah imej & penampilan terbaru saya. Mengenai soalan mengapa saya pilih untuk berhijab, biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya,“ ujarnya.
Neelofa juga berkata perubahan beliau berkat doa para peminat sebelum ini turut mengharapkan yang ianya akan berkekalan selepas beliau berhijab penuh. Beliau juga berkata yang keputusan untuk berhijab ini seakan satu keputusan yang melengkapkan dirinya.
“I feel like it completes me. Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya. Sesungguhnya, saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan,“ ujar Neelofa mengakhiri perbualan. Kami suka imej baru anda, Neelofa. (rtky/m)
Doa…jadilah wanita islam…bkn sekadar wanita melayu…
LOL pakai tudung untuk buat bisnes je..
Alhamdulillah,Semoga Allah melindungimu
Kenapa cakap berkat doa peminat. Mcm mana dgn doa kedua ibu bapa?
tahniah…..Cantik……keep it up…..May Allah bless u
Alhamdullilah, suka lofa da pkai tudung. Mcmni baru ok. Tak mcm sesetengah artis, nk bertudung berperingkat. Nmpak jambul dulu baru tutup penuh. If nk nmpak jambul bagai, baik jgn btudung lagi ya
jubah neelofar so cantik….
Bkn dia pakai shawl tu nampak rambut lg ker…ke mata haku yg xpeka..by the way…minta doa bkn dr peminat diri sendr la lg afdhal..org2 skliling hanya minta yg trbaik jek.so klau dah minta yg trbaik…jdlah yg terbaik..jgn plak ckp lepas ni trlepas pandang..ikut syarat la..mulut peminat mmg mcm2 la..
TUDUNG UTK MENGHAPUS REPUTASI YG TELAH MUSNAH.
Bakat hanya sebagai jadi pengacara. Populariti dah terbantut. Nak push sebagai pelakon mmg x boleh sbb lakonan cam kayu senduk. Imej makin tercemar sebab terlalu gedik. So…jalan singkat?
Berakhirlah era baju power rangers.
ikhlas tu maksudnya… hanya Allah sahaja yg tau apa niat kita tapi klau dah disebut itu ikhlas ini ikhlas….tapi asyik post dlm IG gambar jijab itu dah tak ikhlas la jawabnya
nak tutup aurat tutup je laa… dah termaktub dalam islam lama dah
tak payah nk berselfie segala buat orang lagi menyampah.
nak suruh manusia puji atau allah yg lihat? terserah…
berhijab untuk menjernihkan reputasi yg telah tercalar agar kekal didlm industri. :(
Aku berhijab xkecoh satu donia pung…oouhh lupa bkn celebrity yaaaa.buka aib kecoh sedonia…nak tutup aib pun kecoh..yg tlg kecohkan pun kecohhh laaaa
Bakat xde…jalan terakhir?
makeup, ya rabbi…sekilo bedak. hari2 berselfie. kena belajar islam lebih mendalam. jangan sampai terjatuh dlm kategori…riak. riak adalah sifat yg ditegah …sila tegur dia.
perempuan2 bertudung neh…bukan semua baik2 pun. tudung di malaysia dah jd satu trend bukan tuntutan. semak!
Alhamdulillah!!!Kan bagus camtu..hehe,,
Alhamdulillah..sbgai saudara seislam dan di bulan yang mulia ni, sama2 la kita doakan semoga perubahan yang dibuat akan brkekalan..x payah la kita nak mengata yg bukan2 k..think positive..insyaAllah kita semua akan bahagia..:)
kepada mata ke atas dan sewaktu dgnnya.. nak bercakap bior tahu maklumat die.. selfie gambo berhijab yg rotikaya post ni gambar lama.. masa die g dubai.. masa tu blom berhijab lagi… kan dah buat dosa kering kamu mengata. kalau dah benci kat die apa yg die ckp pon xguna…akan dibangkang juga… cubala positif and gembira sikit di atas perubahan die ni.. one by one artis or selebriti kat malaysia ni bertudung.. kan ke bagus.. siapa kamu nak persoalkan niat seseorg?
teropong diri sendiri dulu… kalau teropong still xnampak kesalahan diri sendiri, cbe pakai kanta plak.. jgn nk terus menilai seseorg tu. inilah mindset org islam kat malaysia ni.. sesama islam kot.. xmalu ke org luar tgk? selamat beramal.
Retis2.. sila contohi biduanita Noor Kumalasari!!!
Berhijab mmg wajib…tapi akhlak kena jaga juger. Perangai kena ubah, mulut lidah kena tapis dan makeup harus nipis. Jangan disebabkan pakai tudung tapi makeup ya rabbi x ubah seperti pelakon klasik wayang cina….
Ok dh tudung, so power rangers dh takde ek?? So lepas ni kita make up tebal, baju sendat mcm sarung nangka, jual baju n tudung. Hmmm pastu… Kita berselfieeeee!!! Typical lahhh!! Kontroversi minah ni mmg takkan habis, sian takde idea dah… Terakhir sekali utk terus di PUJI manusia… Bertudung la jawabnye!!!!
pakai hijab kena wawarkan ke? tak perlu kot…tutup lah la sikit riak tu. tak perlu jadi macam CT Nurhaliza…berselfie hari2…very insecure. Nak kena puji selalu.
Syukurlah klu lofa dah berubah..ok!!
Moga neefola terus kuat semangat..istiqamah dlm perbuatan.mg jd wanita solehah..amin
Alhamdulillah. ..kembali kpd fitrah….
Ya Allah…apa la manusia ni..buat elok slh..buat jahat lg slh. Kan dia dah kata..doakan dia supaya tetap hati dgn bertudung. Dia tak katapun dia baik ke ape ka..jahat ke gedik ke…satu perubahan baik dia dah buat…apa masalah korank…bukan mudah sebagai seorang artis nak berubah dik…kita yg tak terkenal ni pun susah…
Ce bawsk2 bertenang…jg asyik mengata org je..uhasabah diri kita dik…
suko sgtt kt lofa
tutup rambut pun kalau yang lain terdedah buat ape,dasar artis,nak pakai tudung pun kena bgtau,dulu2 tak pakai tudung,tak tutup aurat knp..takut muka tak cantik ye,,takut tak laku..asal suruh tutup aurat,tggu serulah,tggu hati terbukak lah,nak tak nak,mcm manapun mesti buat sebab ia WAJIB.mcm SOLAT jugak,alasan apepun kena buat jugak sebab WAJIB.nanti nak mati xde malaikat nak tangguh lagi nk cabut nyawa,tggu dulu aku belum terbuka hati nak mati,,,aku belum bersedia…mampuslah engko dalam kejahilan seperti orang2 kafir,kafir yang terdahulu……….