fbpx

Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish

Tidak salah kalau kami katakan yang Nora Danish & Nedim Nazri adalah pasangan bercinta yang paling mendapat perhatian para peminat ketika ini walaupun secara rasmi mereka belum mengaku sedang bercinta.

Bercakap kepada Harian Metro, Nedim Nazri menafikan khabar angin yang timbul mengatakan bakal melamar Nora Danish dan berkahwin pada tahun ini.

BACA: Nora Danish Anjur Majlis Doa Selamat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Rayqal

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya. Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas”

“Lagipun saya memang sukakan wanita berkerjaya seperti Nora. Apa yang boleh saya katakan Nora memiliki ciri wanita yang saya suka,” jelas Nedim Nazri.

Jejaka ini turut menambah yang tiada sebarang perbincangan tentang perkahwinan pernah ditimbulkan antara beliau dan Nora Danish memandangkan kedua dua mereka lebih selesa untuk fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. (rtky/m)