fbpx

Nora Danish Anjur Majlis Doa Selamat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Rayqal

Anak kepada Nora Danish yang memang popular di kalangan peminat dunia hiburan, Putra Rayqal menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-5 semalam dan kami sebenarnya jangkakan majlis sambutan gilang gemilang.

Namun untuk anak kecil ini, Nora Danish menganjurkan majlis doa selamat yang turut dihadiri oleh kaum keluarga, rakan artis dan anak anak yatim dari sebuah sekolah tahfiz.

BACA: Nora Danish Sambut Hari Lahir Anak Nedim Nazri

Dalam kenyataan beliau menerusi Instagram, Nora Danish mengharapkan yang anaknya itu bakal menjadi anak soleh selain berguna kepada masyarakat di masa hadapan.

“Doa semoga Putra ku Rayqal menjadi anak yang soleh, pemimpin yang bijak, berguna pada masyarakat & negara, mentaati perintah Allah & sentiasa penuh dengan sifat kasih sayang. Amin”

Nora Danish juga ada kongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis doa selamat Putra Rayqal untuk tatapan para peminat. (rtky/m)