Nazim Ikuti Rawatan Susulan, Serah Takdir dan Rezeki Pada Allah
Seperti kami pernah katakan sebelum ini, akhirnya pelakon Nazim Othman bersetuju untuk bercerita mengenai pembedahan yang dilakukan dan mengakui bahawa dia tidak menghidap kanser di program Bual Bicara HLive Apa Kata Malaysia bersama Datuk Aznil Hj Nawawi baru-baru ini.
BACA: Nazim Othman Selamat Jalani Pembedahan
“Apa yang saya boleh kongsikan kepada semua, saya bukan penghidap kanser, ia hanya ketumbuhan biasa di bahagian otak dan selamat dibedah. Sebelum menjalani pembedahan iaitu sebelum 6 Mac yang lalu, perasaan saya sangat takut dan gentar kerana bimbang diri ini dihidapi penyakit kanser”
“Alhamdulilah pembedahan saya berjalan lancar dan doktor yang merawat saya mengesahkan ketumbuhan itu adalah ketumbuhan biasa, namun saya tidak boleh terlalu selesa,rawatan susulan perlu dibuat demi kesihatan saya,” ujarnya.
Ketumbuhan pada otak Nazim terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya. Nazim turut mendedahkan kerisauannya sebelum menjalani pembedahan kerana risikonya dia kemungkinan hilang deria.
Ketika diajukan soalan oleh Aznil mengenai kerjayanya selepas ini, Nazim berkata dia berserah kepada rezeki dan takdir Allah S.W.T.
“Buat masa sekarang, saya masih belum memikirkan apa-apa tentang kerjaya saya, cuma, jika Allah benarkan saya untuk terus berlakon dan bekerja dalam bidang ini, Insyaallah saya akan terus berada di sini. Jika ditakdirkan sebaliknya, saya terima dengan hati terbuka”
“Kerana saya percaya setiap perkara yang direncanakan Allah adalah sebaik-baik rencana,” jawabnya tenang seperti dilaporkan di Astro Gempak dan turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan kesihatannya dan mengakui masih belum boleh terlalu yakin sudah pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu.
SUMBER: MURAI.COM.MY, ASTROGEMPAK.COM.MY
Gws nazimmmmmm
ape cite gst,beli jet dan tambang naik?
Semoga semakin sihat dan tabah
syukur sudah bedah dgn selamatnya. apa pun lepas ni kena kuat berdoa supaya allah swt terus kurnia badan yg sihat dan umur panjang. rase2 nya kerja sebagai model tak bawa berkat sangat sebab duk tayang muka, badan untuk tontonan ramai yang salah di sisi agama. carilah kerja yg membawa berkat seperti berniaga yg amat di galak dlm islam.
Semoga semakin chubby
moga cepat sembuh!!
Semoga cpt sembuh.. Amin amin amin
Abg nazim othman hopefully u hve a fast recovery. Be tough. Kawan saya minat gila tngok abg belakon. We as your fans, doakan abg cepat sehat????