fbpx

Nazim Othman Selamat Jalani Pembedahan

Tahniah diucapkan kepada Nazim Othman kerana telah berjaya menjalankan pembedahan baru-baru ini seperti yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya dan yang paling penting, dalam beberapa gambar terbaru yang dimuat naik, seakan sudah terbit kegembiraan dalam diri pelakon ini.

BACA: Nazim Ucap Terima Kasih Kepada Peminat Kerana Mendoakannya

Nazim-Othman-Selamat-Jalani-Pembedahan

Malah selain sudah mula menjawab dan melayan soalan daripada peminatnya, sempat juga Nazim menerangkan situasinya ketika ini kepada salah seorang yang bertanya. Yang pasti jawapan yang diberikan Nazim jelas memberitahu keadaan dirinya ketika ini.

Thank you, tapi saya nak orang faham yang saya ok, saya kuat semangat dan Alhamdulillah saya sedang dalam proses sembuh,” katanya ketika melayan salah satu komen peminatnya.

Kepada Nazim, teruskan berjuang dan kami yakin, jika sudah sihat nanti pasti Nazim akan berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya dan juga pengalaman dirinya ketika berada dalam situasi sebelum dan selepas pembedahan dijalankan. (rtky/syfq)