fbpx

Nazim Othman, Bella Dally Sah Cerai

Nampaknya kesejahteraan rumahtangga pasangan selebriti Nazim Othman dan juga isteri iaitu Bella Dally nampaknya tidak bertahan apabila runtuh di tengah jalan. Penceraian tersebut diumumkan sendiri oleh Nazim melalui akaun Instagram miliknya.

BACA: “Nazim Tak Payah La Nyanyi, Pakai Mekap Bagai”

Perkara tersebut dalam masa yang sama membuatkan peminat terkejut dan mempersoalkan bagaimana dan punca berakhirnya rumahtangga pasangan ini. Selain dalam masa yang sama, pasangan ini juga baru-baru ini kelihatan tidak berkongsikan gambar bersama seperti kebanyakan artis lain.

Nazim melalui statusnya itu juga turut menyatakan rasa terima kasih kepada peminat di atas doa mereka. Sebelum ini, Nazim pernah terpalit dengan khabar angin yang menyatakan bahawa rumahtangga mereka goyah namun dinafikan pelakon lelaki ini.

Apa pun buat Nazim dan Bella, semoga tabah dan semoga bulan mulia ini memberi jalan terbaik buat kalian menghadapi dugaan di hari mendatang. (rtky/s)