fbpx

“Nazim Tak Payah La Nyanyi, Pakai Mekap Bagai”

Sejak lagu putus tunang Sufian Suhaimi di dengarkan di YouTube, ramai artis popular menyanyikan semula lagu tersebut dengan cara mereka tersendiri.

Antara penyanyi yang membuat cover lagu yang kini trending di YouTube itu seperti Ernie Zakri, Haqiem Rusli dan Ara Johari.

Tidak ketinggalan, pelakon Fatin Afeefa dan Nazim Othman turut menyanyikan lagu tersebut. Ramai yang memuji suara merdu Fatin Afeefa yang membawakan lagu itu dengan cukup baik sekali.

Namun lain pula komen buat Nazim Othman. Ramai mengatakan Nazim tidak boleh menyanyi dan tiada bakat. Ada juga yang memerli Nazim kerana dilihat seperti melebih-lebih untuk menyampaikan lagu tersebut.

Namun ada perkara lain yang buatkan ramai penonton tertumpu pada Nazim iaitu mekapnya yang dilihat berlebihan. Ada juga yang mengatakan Nazim control macho.

Apa-apa pun, Fatin dan Nazim menyanyikan semula lagu tersebut hanya untuk suka-suka sahaja khas untuk peminat mereka.