fbpx

Nazim Othman Selebriti Syok Sendiri Di Laman Sosial?

Apabila anda sudah bergelar selebriti, maka setiap perkara yang dilakukan pastinya akan menjadi buah mulut atau pun kritikan daripada pelbagai pihak. Contohnya tindakan pelakon Nazim Othman yang sering memuat naik status serta gambarnya laman sosial pun turut diperkatakan.

BACA: Nazim Othman Mengaku Putus Cinta & Enggan Ulas Lanjut

Enggan mengambil peduli perkara tersebut, Nazim memberitahu, dia kini bersifat lebih matang dalam menangani hal tersebut seiring dengan pertambahan usianya kini.

“Kalau provokasi sebegitu datang ketika saya berusia 25 tahun, mungkin saya akan melenting dan cepat marah. Bohong kalau saya katakan saya tidak bengang bila dapat komen negatif seperti itu.

“Tapi, saya tidak terlalu melayan setiap komen tersebut kerana orang yang memberi komen itu tidak kenal diri saya secara peribadi,” katanya.

Bagaimanapun menurut Nazim, dia tidak menolak bulat-bulat setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak menolak mentah-mentah setiap kritikan itu. Lagipun, jika tiada yang membidas, kita akan sentiasa berada di zon selesa tanpa mahu berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik,” katanya sambil mengakui menyekat pengikutnya yang memberi komen melampau. (rtky/syfq)