fbpx

Nazim Othman Akui Kini Putus Cinta, Enggan Ulas Lanjut

Baru baru ini menerusi Instagram beliau, Nazim Othman ada memuat naik beberapa keping gambar memberikan gambaran yang beliau kini sudah kembali solo termasuk gambar tips untuk lelaki yang baru putus cinta.

Melalui mStar Online hari ini, Nazim Othman mengakui yang hubungan beliau bersama pelakon Bella Dally kini sudah berakhir namun beliau enggan untuk mengulas lanjut tentang kisah peribadinya itu kerana tidak mahu menjadi tatapan umum.

BACA: Terjun Bidang Nyanyian, Nazim Othman Bakal Tampil Dengan Lagu K-pop

“Saya tidak berminat untuk menjawab soalan (putus cinta) itu dan tidak mahu berkongsi kepada umum. Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it’s over (telah berakhir),” jelasnya.

Namun yang menariknya, Bella Dally yang dihubungi berkata yang mereka masih baik dan tidak tahu kenapa Nazim Othman bertindak sedemikian selain enggan memberikan ulasan lanjut.

“Kami masih baik. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Itu saja yang boleh saya ulas. Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Diharap semua pihak faham,” ujar Bella Dally ringkas tentang perkara ini. (rtky/m)