fbpx

Naufal Azrin Akui Dah Berpunya, Kekasih Cemburu Jika Rapat Dengan Peminat

Penyanyi Naufal Azrin mengakui dirinya kini sudah berpunya bagaimanapun dia lebih selesa tidak berkongsikan wajah teman wanitanya itu di media sosial.

Memetik mStar Online, penyanyi berusia 24 tahun itu berkata dia tidak gemar orang tahu mengenai kisah peribadinya namun dia tidak akan sorok jika ada peminat terserempak dia bersama teman wanitanya.

BACA: Pakai Rantai & Baju Tayang Bulu Dada, Naufal Azrin Ditegur Netizen

“Saya sebenarnya tidak suka orang tahu pasal saya dan juga orang terdekat. Banyak hati yang perlu dijaga dan sebab itu saya lebih pentingkan privasi.

“Namun jika ada terserempak kami jalan bersama, saya tidak akan sorok. Kalau dah terjumpa kami bersama saya akan mengaju saja kami kekasih,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Casablanca itu mengakui kekasihnya itu cemburu jika ada peminat cuba mendekati namun tiada masalah jika Naufal berduet dengan mana-mana penyanyi wanita kerana tuntutan kerja.

“Dia tidak ada masalah pun kalau saya berduet atau membuat persembahan dengan penyanyi wanita. Itu tuntutan kerja dan dia sangat memahami. 

“Bagaimanapun kalau ada peminat yang nak rapat, mestilah dia cemburu. Jadi saya akan cuba cari jalan untuk jernihkan keadaan. Saya sentiasa yakinkan dia bahawa saya mampu lakukan terbaik untuk hubungan kami,” katanya.