fbpx

Pakai Rantai & Baju Tayang Bulu Dada, Naufal Azrin Ditegur Netizen

Ahad lalu berlangsungnya Big Stage musim kelima yang menampilkan 13 peserta. Turut menjadi perhatian, Naufal Azri, bekas penyanyi nasyid kumpulan Zayne turut serta dalam pertandingan itu.

Pada konsert minggu pertama, Naufal yang popular menerusi lagu Casablanca itu dilihat semakin berani tampil dengan sut berwarna merah serta memakai rantai.

BACA: Nuha Bahrin, Naufal Azrin Galak Kahwin Muda Elak Maksiat 

Malah, baju yang digayakan oleh penyanyi berusia 24 tahun itu menampakkan bahagian dadanya yang berbulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beegood Music (@beegoodmusic)

Difahamkan, foto penyanyi itu dikongsikan oleh syarikat rakaman mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rindukan penampilan Naufal di awal kemunculannya dalam industri seni.

Sementara itu, memetik mStar Online, Naufal berkata dia hanya sekadar mengikut konsep persembahan yang ditetapkan sahaja.

“Apa yang saya pakai itu hanya untuk mencantikkan konsep persembahan pada malam itu. Pemilihan baju tersebut juga dilakukan dengan banyak pihak.

“Gaya itu sekadar untuk pertandingan sahaja. Kalau diluar, saya bukanlah begitu dan orang mungkin akan tidak kenal kalau jumpa saya,” katanya.

Jelas Naufal lagi, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam perancangan soal konsep persembahan pada setiap minggu.