Bergelar selebriti dan juga seorang ahli perniagaan bukan perkara mudah buat pelakon Mawar Rashid apatah lagi dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai ibu serta bakal melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar berkata dia pernah hampir putus asa dengan kerja kerana terlalu rindu untuk meluangkan masa bersama anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia 18 bulan.
BACA: Mawar Rashid Kini Berhijab, Mohon Doa Agar Istiqamah
“Kadang-kadang rasa nak putus asa dengan semuanya sebab rindukan anak. Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk selesaikan video shoot, Live dan lain-lain.
“Perlukan banyak masa untuk mesyuarat perniagaan, kena perah otak untuk Mawarose, untuk keluarga saya dan Mawarose. Masa dengan suami ok lagi sebab suami sentiasa setia menemani.
“Tapi Rafael ni rindu kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa. Ni nak masuk anak ke dua. Kadang-kadang terlampau sibuk sampai rasa nak putus asa,” katanya.
Bagaimanapun, Mawar berkata dia tidak boleh putus asa dan perlu berkorban demi mencapai hasratnya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta serta impiannya untuk membina sebuah masjid.
“Mawar tak boleh stop. Mawar wajib teruskan demi big why mawar. Demi keluarga Mawar. Demi Mawarose squad. Demi customer tersayang Mawar. Demi nak bayar zakat satu juta! Demi nak bina masjid bersama-sama kalian semua!,” katanya.