fbpx

Mawar Rashid Kini Berhijab, Mohon Doa Agar Istiqamah

Nampaknya satu demi satu selebriti membuat keputusan untuk berhijab dan tampil menutup aurat. Terbaru pelakon Mawar Rashid mengumumkan penghijrahannya sempena Awal Muraham yang disambut baru-baru ini.

Mengumumkan berita gembira itu di Instagram semalam, Mawar yang mula mengenakan hijab pada Jumaat lalu meminta doa daripada orang ramai supaya dirinya sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya itu.

BACA: Kandungan Masuk Trimester Kedua, Mawar Rashid Dah Berani Naik Bot

“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Amin,” tulisnya.

Meninjau di akaun Instagram Mawar, pelakon itu dilihat sudah berhijab sejak beberapa bulan lalu dan gambarnya tidak memakai tudung pula sudah pun dipadam sepenuhnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis gembira serta menyambut baik penghijrahannya itu. Malah, turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Mawar terus istiqamah hendaknya.