fbpx

Naim Daniel Suka Duduk Dalam Bilik, Elak Bergaduh Dengan Ibu

Sejak penularan wabak COVID-19, pelbagai info dan berita palsu berhubung wabak tersebut melalui aplikasi WhatsApp sehingga mencetuskan panik dan kembimbangan orang ramai. Malah, lebih kasihan apabila ibu bapa kita mudah percaya dengan berita palsu tersebut.

Perkara itu mendapat perhatian Naim Daniel yang tampil memberi kesedaran kepada orang ramai menerusi sebuah lagu yang digubahnya. Apa yang pasti setiap bait lirik yang disampaikan itu nyata agak sinis.

BACA: Naim Daniel Dikecam Sunting Gambar Yang di-Pertuan Agong

Menurut Naim, pesanan itu ditujukan kepada mereka yang berada di dalam group WhatsApp bersama ibunya supaya tidak berkongsikan sebarang petua mengarut untuk menghapuskan wabak COVID-19.

https://www.instagram.com/tv/B-rfnpRh-Qc/?utm_source=ig_embed

Naim juga sempat memberitahu dia lebih selesa menghabiskan masa di dalam bilik sepanjang tempoh PKP ini bagi mengelakkan dia terus bergaduh dengan ibunya dek kerana patua-petua mengarut dikongsikan di dalam WhatsApp.

Katnaya lagi, jika ada diantara peminatnya turut berdepan situasi sama maka memang mereka senasib dengan dirinya. Dalam pada itu, Naim turut mengingatkan golongan muda agar sentiasa memantau orang tua mereka supaya tidak mudah percaya dengan sesuatu info tanpa mengetahui kesahihannya.