fbpx

Naim Daniel Dikecam Sunting Gambar Yang di-Pertuan Agong

Tindakan penyanyi Naim Daniel menyunting gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk teaser lagu terbaharunya bersama Ismail Izzani berjudul Covid-19 mengundang rasa kurang senang netizen.

Gambar tersebut memaparkan Naim dan Ismail Izzani berdiri di sebelah baginda yang sedang duduk memegang kertas bertulis #StayHome dan #DudukRumah. Menyedari kesilapannya itu, Naim tampil memohon maaf secara terbuka menerusi Instagram miliknya.

BACA: Baru Berusia 22 Tahun, Naim Daniel Dah Beli Rumah Sendiri

“Hari ini saya nak bercakap fasal lagu baru saya dengan Ismail mengenai Covid-19 dan artwork cover lagu yang menggunakan photoshop Agong.

“Saya tahu ia isu yang sangat sensitif dan sepatutnya saya peka dengan perkara itu. Saya di sini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.

“Saya minta maaf sangat atas kesalahan itu. Perkara itu tidak akan berulang lagi. Saya sepatutnya lebih peka,” katanya.

Difahamkan, lagu Covid-19 itu merupakan inisiatif Naim dan Ismail untuk memberikan nasihat dan kesedaran kepada masyarakat agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di rumah masing-masing.

Gambar tersebut sudah pun dipadam oleh Naim selepas mendapat kritikan hebat dari netizen. Menariknya tentang lagu tersebut, turut diselitkan sedutan kata-kata dari pengacara popular Azwan Ali yang tular di media sosial.