Naim Daniel Lupa Diri Selepas Menang AJL?
Diangkat sebagai Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada Februari lalu, timbul cerita tak sedap didengar mengenai pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang didakwa lupa diri dan sukar dihubungi.
Naim juga dikatakan tidak memberikan respon apabila ada pihak ingin mengundang menjayakan sesi fotografi. Tampil menjelaskan perkara itu, Naim berkata dia terlalu sibuk hinggakan panggilan ibunya juga tidak dijawab.
BACA: Naim Daniel Suka Duduk Dalam Bilik, Elak Bergaduh Dengan Ibu
“Saya minta maaf jika ada sesiapa merasakan saya mula lupa diri. Minta jauh daripada sikap tak sedar diri. Saya bukannya ‘kekwat’, cuma terlalu sibuk hingga terlupa membalas pesanan dihantar. Ada masa, panggilan telefon ibu sendiri pun tidak sempat dijawab.
“Insya-Allah, saya tiada masalah menjayakan sesi temuramah atau sesi fotografi. Lagi pun sudah lama saya tak berkesempatan menjayakannya kerana sibuk memberi tumpuan kepada dunia muzik.
“Ada kala saya perasan pesanan dihantar dan memang berhasrat mahu membalasnya. Cuma, apabila sibuk dengan kerja, terlupa mahu membalas. Lagipun, apabila sudah terlalu sibuk, saya tak dapat memenuhi kehendak semua orang, apa lagi pesanan masuk pula terlalu banyak,” katanya kepada BH Online.
Meskipun sudah meraih kejayaan besar di AJL namun Naim berkata dia tidak pernah merasakan dirinya hebat. Ujarnya, dia berusaha keras untuk keluarga dan tidak mungkin dia mahu memburukkan namanya.
“Jika sudah lupa diri tentulah pelbagai cerita negatif keluar selepas AJL, tetapi Alhamdulillah, saya masih berpijak di bumi. Seperti yang pernah dikatakan, saya berusaha keras untuk keluarga. Jadi, tak mungkin saya mahu menjejaskan periuk nasi.
“Sebagai seorang artis, kejayaan diraih ini bukan atas usaha saya seorang, sebaliknya jika tiada sokongan peminat dan media, tak mungkin saya peroleh kesempatan ini,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Semoga Naim sentiasa sukses ye. Nama pun dah glamour setanding orangnya hihi.. apa yang best nya Naim ni petah berbicara.. inilah artis yang baik punya la ahahaha
Naim dah glamer skrang jgn lupe akak k…..belilah apam akak ya dik.
Gross la kau ni Kak Apam. Kahwin la dgn Kamal Haris. Komen promo apam hang siang mlm kat rotikaya ni buat apa.
Apa komen2 mcm bontot ni?
Pn Apam ni izreen azminda ke jual apam? Tanya je.. jangan mare
Pn apam mmg gatal ye..lain mcm je promosi apam tu..mcm miang bin gariik je..nyampah ngn pompuan miang
Sabar sabar bawa bertenang semua.akak hnya nak cari makan jual keh apam akak.akak x bermaksud nak sakiti sesiap disini k.ingat apam ingat akak k.k bye
Yg apam ko tu mmg kue apam ke atau maksud ko double meaning apam lain?? Nak meniaga jgn guna nombor telefon org lain tauu.. tu nombor telefon Kak Se yg kuat kentut tu yg ko guna dlm iklan tu.
Macam kes Ben Amir. Fobia dgn jenis wartawan yg nak temuramah tapi soalan sebenar ialah hal peribadi yg juicy. Kena firm . Rezeki Allah beri . Your talent will speak for itself.
Oiii uwekkkkkkkk, nape tersentap ni, bini x kasi cukup apam kat umah ko?? Biarlah si puan apam tu nak niaga kat sini…satu lg,mana ko tau no tel kak se kaki kentut tu?? Ko laki dia ko??? Pecah tembelang.Satu lg ,takyah nak pakai nick aku kat sini mcm xder otak dan idea sendiri…deiii podah lah