Nad Zainal Utamakan Kerjaya Dari Cinta
Pernah dikaitkan bersama Azwan Kombos, Hefny Sahad dan Syarul Ridzwan, Nad Zainal mengakui keutamaanya ketika ini bukanlah untuk bercinta malah mahu lebih memandang lebih serius dan fokus terhadap kerjaya ketika ini.
BACA: Menang Anugerah, Nad Zainal Idam Jadi Pengarah
“Saya mungkin tidak bernasib baik dalam cinta. Kadang-kadang Tuhan tak memberi apa yang kita nak. Tapi itu bukan penamat segala-galanya. Apabila saya tak dapat cinta daripada seorang insan, saya kini dapat rasa cinta daripada orang ramai termasuk peminat. Cinta itu lebih jujur”
“Tak guna juga dapat cinta yang tak jujur daripada seseorang. Oh, ucapan saya itu memang tak ditujukan kepada sesiapa. Ia sangat umum untuk sesiapa saja yang pernah berasa sakitnya bercinta,” jelas pelakon ini kepada BH Plus.
Menurut Nad, apa yang dilakukannya ketika ini bukanlah untuk terus menolak perasaan cinta tersebut tetapi buat masa sekarang, dirinya lebih selesa untuk memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya kerana perkara tersebut merupakan periuk nasinya. (rtky/s)
Ko ni blakon dah la over…gosip bercinta je lebih..
Nad ni kalau berlakon Menjadi.. Bukan gedik lebih… Kalau watak berat best betul layan… Good gurl
Nad is a versatile artist. Keep ur feet on the ground while looking to the sky and don’t get caught up in fantasy..insyaaAllah you’ll go far dear. Jiayo!
Nad sayang pdulikn dgn kata2 org bakat awak satu dlm sejuta yg mngata mgumpat tu buta seni sbnrnya..sian diorg
Dia ni cam psiko sket kan…tp sape dia??retis ke…