fbpx

Menang Anugerah, Nad Zainal Idam Jadi Pengarah

Segalanya bermula dengan impian, begitu jugalah dengan apa yang diimpikan oleh Nad Zainal yang mahu melebarkan sayapnya di dalam bidang pengarahan. Malah pelakon ini tidak pernah putus asa mendalami belakang tabir.

BACA: Nad Zainal Dakwa Tidak Logik Bercinta Dengan Remy Ishak

Merancang untuk memulakan impiannya itu melalui pengarahan filem pendek, Nad dalam masa yang sama turut berterima kasih kepada peminatnya yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada dirinya dalam melakar sejarah di industri hiburan.

“Dalam entertainment business ini, peminat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan artis. Nad lihat perlu untuk setiap artis menjaga peminat masing-masing. Bagi Nad, sokongan peminat yang kuat barulah boleh bertahan dalam industri ini,” ujar pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular ini.

Sementara itu, Tonton juga turut melaporkan bahawa muka Nad kelihatan ‘masam’ pada majlis tersebut kerana dia sangat penat selepas terlibat dengan latihan lakonan dan tarian malah terus datang ke Genting bagi menghadiri anugerah ABPBH 2014. (rtky/s)