fbpx

Nabila Huda Tolak Ulasan Produk Guna Gambar Tak Senonoh

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan apabila ada segelintir selebriti memuat naik ulasan produk atau iklan memaparkan wanita seksi sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen di media sosial.

Bagaimanapun Nabila Huda berkata dia lebih selektif dan hanya memilih produk yang bersesuaian yang akan di promosikan di Instagram miliknya. Ujarnya, dia berhak mengawal media sosial miliknya dan tidak mahu memburukkan akaun Instagramnya.

BACA: “Saya Berkemban Bukan Sebab Babak Dalam Lakonan Tapi Cuaca Panas”

“Kalau tengok di Instagram saya, tak banyak reviu sebab saya kawal benda tu. Kita faham orang bisnens tapi dalam hal ini lebih baik kalau kita tak terima gambar yang mereka bagi.

“Macam saya kalau orang nak suruh review boleh saja tapi mereka kena ikut cara saya dan tak boleh paksa post gambar yang tak sepatutnya..nampak buruk dekat IG aku nanti!” katanya.

Nabila berkata dia lebih selesa menjadikan media sosial sebagai sebuah platform untuk berkongsi perkembangan peribadi dan karier seninya. Namun, dia bersikap terbuka jika ada yang menjadikan ulasan produk sebagai punca pendapatan.

“Kita faham sesetengah orang guna IG untuk tambah pendapatan dan rezeki. Macam saya cuma nak kongsi kehidupan dan pekerjaan.

“Media sosial ini adalah tempat peminat nak dekat dengan kita, kalau terlalu banyak reviu orang akan bosan. Tapi mungkin ada sesetengah orang jadikan reviu sebagai kerjaya mereka, terpulanglah masing-masing ada pendirian sendiri,” katanya.