Nabila Huda Sedih Keguguran Buat Kali Kedua
Sudah lama menantikan zuriat kedua, bagaimanapun impian Nabila Huda untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila pelakon itu memaklumkan mengalami keguguran kali kedua semalam.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila tidak dapat menahan rasa sedih selepas anak yang dinantikan selama ini sekali lagi tidak dapat diselamatkan apabila dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran.
BACA: Nabila Huda Tolak Ulasan Produk Guna Gambar Tak Senonoh
“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua. Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.
“Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya.
Meskipun sedih Nabila mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut. Bagaimanapun, Nabila berkata dia berasa kasihan pada suaminya yang sudah lama menantikan cahaya mata.
“Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat,” katanya.
Nabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan pada Disember 2015. Nabila pernah mengalami keguguran pada April tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Nabila dikurniakan anak perempuan Keisha Laila kini berusia 10 tahun.
Untungla ada yg menunggu disyurga dah.. yg akn menarik dan mendoakan ?
Sedihnya. Faham sgt abil nak buat husband happy tp belum rezeki. Jgn stress abil, usaha untuk focus benda yg kita mampu kawal sahaja.
Jgn terlalu berharap. Bersyukur dgn anak yg ada dan enjoy. Kena kekal positif, teruskan usaha yg terbaik. Dapatkan nasihat doctor. Kena tenangkan diri k.
InshaAllah ada rezeki nanti.
Gosip kt cari forum .com. my … hiburan tempatan lgi best…Cerita psl scammer
Gosip kt cari forum .com. my … hiburan tempatan lgi best…Cerita psl scammer ..
Kesiannya..teringin sgt2 anak. begitulah perasaan org lain seperti yg fakir miskin…teringin sgt duit yg cukup utk rumah yg sempurna, makan yg sedap wpun tak mewah.. belajarlah kita mensyukuri dan belajar redha yg kita xkan dpt apa yg diingini secara total.
Dengar blh percaya jgn 100%..
betulkah? nanti mcm dulu.
mati2 kita percaya rupa2nya bohong.
kali ini pun begitu jugalah tengok je jgn percaya. jgn wish apa2 retis nana boleh percaya
Satu nasihat Nabila. Mengadu pada Allah sahaja dan tak perlu hebohkan. Insyallah akan ada keberkatan disitu. Ni macam ner dah tgh sedih pastu tu boleh rakam sambil nangis2. Kalau aku tak dapat feel tu, sbb tak real kerana kita tgh merakam. Seolah olah tgh acting…