Nabil Ahmad baru sahaja memberi nama anak keduanya iaitu Leyla Medyna dan berasa amat bersyukur dengan kedatangan insan baru di dalam keluarganya itu malah dalam masa yang sama menyatakan tidak kisah untuk berkongsi gambar anak-anaknya.

BACA: Nabil & Isteri Sibuk Fikir Nama Bakal Anak Kedua

“Saya tak kisah pun nak kongsi gambar anak saya selepas bersalin, cuma saya mohon doalah yang baik-baik untuk anak saya, saya faham ada segelintir selebriti tempatan yang tak mahu share gambar anak. Bagi saya, ia adalah hak masing-masing sama ada mahu share atau pun tak,” katanya.

Jelas Nabil, tindakannya untuk berkongsi gambar adalah berkongsi kegembiraan bersama peminatnya sambil menyatakan bahawa baru sahaja memberi nama Leyla Medyna kepada anak keduanya itu.

“Alhamdulilah, semua rezeki Allah, saya beri nama Leyla ni sebabkan anak sulung saya Naira, saya tanya dia nama apa nak bagi pada adik, Naira jawab Leyla. Naira ni kalau sebut pelat sikit tapi bila tanya untuk nama adiknya lancar pulak sebutannya, jadi saya ikut sahajalah permintaannya,” ujarnya.

Tambah Nabil, dia juga sangat teruja dan gembira apabila ada individu yang bertanyakan mengenai anaknya. Apa-apa pun, semoga kehidupan Nabil sekeluarga bahagia dan selepas ini pastinya lagi riuh dengan kehadiran insan baru. (rtky/syfq)