Nabil Ahmad Kesal Simbol ‘Allah Yang Satu’ Dikaitkan Dengan Lelaki Curang
Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang memperlekeh dan mempersendakan tanda ‘Allah yang satu’ yang menjadi bahan jenaka.
Memetik Astro Gempak, Nabil berkata netizen tidak sepatutnya mengaitkan agama dengan kelakuan negatif yang dilakukan seseorang individu.
BACA: Bagi Cadangan Masuk GV10, Mas Idayu Tempelak Nabil Ahmad
“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.
“Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallahmuhammadur Rasulullah) terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki akan curang dan pukul isteri.
“Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke. Kita faham perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena mengena dengan tanda itu,” katanya.
Dalam pada itu, tanda itu tidak patut dipermainkan kerana ia juga dilakukan ketika menunaikan solat.
“Memperlekehkan tanda itu, bagi saya, tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat masa tahiyat awal dan akhir kan. Takut akidah lari sebab perlekehkan benda-benda macam ini,” katanya.
- SUMBER
- astro Gempak
Bila masa nabi buat tanda mcm tu? Yg mula2 popularkan cara tnjk mcm tu Khabib. Benda tu xde kena mengena dgn Islam atau agama pun. Ia cuma satu cara seseorang yg ingat pd Tuhan saja. Ia bukan ibadat yg dtg dari Quran atau Sunnah Nabi!!!
seekor lg yg bodoh.. semua pakat kongsi bodoh sebab kes SY & PS anjing tu