fbpx

Bagi Cadangan Masuk GV10, Mas Idayu Tempelak Nabil Ahmad

Hangat diperkatakan mengenai segmen 3 Pagi ERA hari ini apabila pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad mencandangkan penyanyi Mas Idayu untuk menyertai pertandingan nyanyian seperti Gegar Vaganza.

Menerusi video dikongsikan di TikTok Era, Mas Idayu yang hadir sebagai tetamu jemputan menyifatkan soalan ditanya Nabil itu adalah bodoh.

BACA: Netizen Mual Tengok Drama ‘Rajuk’ Mas Idayu

@era.je

Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. ? #sharERA #3PAGIERA

? original sound – ERA – ERA

“Itu soalan bodoh…bagi mummy itu memang stupid,” katanya.

Menurut Mas Idayu lagi, jika pelawaan itu dibuat pada 12 tahun lalu dia mungkin akan pertimbangkan untuk menyertai pertandingan nyanyian.

“Sepanjang 33 tahun dalam industri, awak (Nabil) nak suruh Mummy, sebenarnya dalam 12 tahun atau masa zaman-zaman ada program dengan Black dulu.

“Mummy rasa masih boleh sebelum betul-betul dilantik sebagai juri tetap. Bukan tak ada nama, ada.. tetapi Mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan dan tak payah sebut, mana-mana program lain pun Mummy akan masuk,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Idayu berkata jika artis tersebut sudah menjadi juri tetap atau sering dipanggil untuk menjadi juri tidak seharusnya merendahkan taraf mereka.

“Pada tahap ini, artis yang sudah menjadi juri tetap dan sentiasa dipanggil jadi juri dalam mana-mana program, jangan jatuhkan level kami,” katanya.