Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian apabila tular video memaparkannya menyanyikan lagu berbahasa Mandarin.
Menerusi video dikongsikan semula seorang pengguna Threads, rata-rata penonton memuji Bella menyanyikan lagu Mandarin dengan baik.
BACA: “Andai Ada Rezeki Yang Indah, Dahulukanlah Untuk Anakku” – Bella Titip Doa Buat Anak-Anak
View on Threads
Sementara itu, individu tersebut turut memuji suara Bella sedap didengar dan sebutannya menyanyikan lagu itu juga jelas.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan Bella menyanyikan lagu Mandarin serta ada yang mendedahkan isteri kepada YB Syed Saddiq itu menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina.
