Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menitipkan doa buat dua anaknya, Ara dan Ayden agar dipermudahkan setiap langkah mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Bella turut memohon jika ada rezeki yang indah dahulukan buat anak-anaknya.
BACA: Netizen Sebak Tengok Layanan Ibu Bapa Syed Saddiq Terhadap Anak-Anak Bella Astillah

“Ya Allah, andai ada rezeki yang indah, dahulukanlah untuk anakku. Andai ada jalan yang sukar, permudahkanlah setiap langkahnya,” tulisnya.
Dalam doa tersebut, Bella turut berdoa agar anak-anaknya memiliki hati yang tenang, menjadi insan yang baik serta bijak dalam pelajaran.
“Kurniakanlah dia kehidupan yang lebih baik, hati yang sentiasa tenang, menjadi anak yang baik, bijak dalam pelajarannya dan masa depan yang penuh keberkatan. Walau di mana pun dia berada, jagalah dia dalam rahmat dan kasih sayang-Mu, ya Allah. InshaAllah Amiin yra,” tulisnya.