fbpx

Muka Macam Budak-Budak, Mia Sara Terhad Dapat Job

Pelakon remaja, Mia Sara akur tawaran lakonan diterimanya terhad kerana ketinggian dan wajahnya yang dilihat seperti kanak-kanak.

Memetik Harian Metro, Mia berkata dia sudah penat untuk menjawab persoalan sama mengenai umur dan ketinggiannya namun sudah lali.

BACA: Mia Sara Nafi Buka Tudung, Berparti

“Sejujurnya, saya penat juga menjawab apabila orang bertanya mengapa saya tidak besar-besar namun saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

“Saiz tubuh dan tinggi saya memang begini, jadi saya terima dengan hati terbuka. Jika diikutkan, pada usia ini saya sudah boleh membawa watak yang lebih dewasa, namun hendak buat apa lagi kan?

“Jadi jika diajukan mengenai tawaran lakonan, memang tidak dinafikan agak terhad. Jika ada tawaran, pasti saya boleh buktikan peralihan usia itu,” katanya.

Memiliki ketinggian 149 sentimeter, Mia berharap penerbit dan pengarah diluar sana dapat memberikan kepercayaan kepadanya untuk membawa pelbagai watak.