fbpx

Mia Sara Nafi Buka Tudung, Berparti

Pelakon Mia Sara menafikan dakwaan gosip seorang pelakon didakwa membuka tudung dan berparti adalah dirinya.

Memetik Harian Metro, menegaskan bahawa individu dalam video tular itu bukan dirinya, Mia yang terkejut dengan dakwaan tersebut menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai mengenai perkara itu.

BACA: Mia Sara Elak Jumpa Media, Tak Benarkan Wajahnya Dirakam

“Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati.  Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.

“Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada pelakon itu iaitu Muhammad Ridhuan juga turut berharap segala fitnah berkaitan anaknya dapat dihentikan.

“Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinye. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.

“Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan,” katanya.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular video membabitkan seorang artis wanita didakwa bertudung dikatakan membuka tudungnya dan sedang berparti.