Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan, Belanja Makanan Di Set Penggambaran

Pelakon Mira Filzah berkongsikan perbelanjaan hariannya serta tidak berkira untuk membeli makanan yang diinginkan.

Menerusi segmen pasang badan bersama Radin, Mira berkata dia berbelanja hampir RM8,000 sebulan untuk servis penghantaran makanan.

BACA: “Syukur Alhamdulillah” – Mira Filzah Dukung Anak Sambil Tawaf 7 Kali

“Perbelanjaan bulanan saya yang paling banyak adalah u servis penghantaran makanan. Kalau saya ada teringin nak makan apa-apa saya akan order. 

“Tambah lagi kalau tengah shooting, saya akan beli untuk semua orang. Untuk servis penghantaran makanan sahaja, saya bayar kad kredit dalam RM7,000 ke RM8,000,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelakon itu seorang yang pemurah dan tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.

×