fbpx

Michael Ang Dedah Ambil Dua Orang Anak Angkat

Tidak terlalu terbuka berkongsikan kehidupan peribadinya kepada umum, namun ramai tidak tahu pengarah, penerbit dan pelakon Michael Ang sebenarnya merupakan bapa kepada dua cahaya mata.

Meskipun kedua-duanya adalah anak angkat, namun kasih sayang yang dicurahkan seperti anak sendiri. Michael berkata kedua-duanya diambil ketika mereka masih kecil lagi.

BACA: “Jangan Lupa Fikry Ibrahim, Mula-Mula Berlakon Siapa Ambil Kau”

Menurut Micheal, anak sulungnya, Rayyan kini sudah berusia 18 tahun merupakan anak saudaranya iaitu anak kepada abangnya yang dibesarkan olehnya sejak berusia dua bulan lagi.

“Jangan salah faham kerana saya belum berkahwin, tapi saya ada dua anak angkat. Kedua-duanya saya ambil ketika mereka masih kecil. Sejak berusia dua bulan, dia sudah tinggal dan dibesarkan oleh saya sehingga sekarang,” katanya.

Tidak banyak berkongsi mengenai anak sulungnya, Michael berkata dia memberi kebebasan kepada Rayyan untuk memilih masa depan dan agamanya memandangkan anaknya itu sudah dewasa.

“Apabila saya buat keputusan untuk memeluk Islam, saya berikan kebebasan kepadanya untuk membuat keputusan sendiri buat kehidupannya.

“Saya tak memaksa dia untuk peluk Islam kerana pada saya, dia sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dan pilihan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Michael berkongsi cerita berbeza mengenai anak keduanya iaitu Mika kini berusia dua tahun. Menurutnya, Mika merupakan beragama Islam sejak lahir dan diambil ketika usianya sehari.

“Mika sejak lahir lagi beragama Islam dan saya dah ambil dia sebagai anak angkat sejak usianya sehari. Kini, Mika sudah mencecah usia dua tahun,” katanya.

Dalam pada itu, wajah kedua-dua anaknya itu tidak pernah didedahkan di media sosial. Jika ada gambar yang dimuat naik, wajah mereka akan ditutuo dengan emoji demi menjaga privasi.