fbpx

“Jangan Lupa Fikry Ibrahim, Mula-Mula Berlakon Siapa Ambil Kau”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Fikry Ibrahim selepas tercetusnya satu isu melibatkan dirinya dengan pengarah dan penerbit, Michael Ang.

Berikutan isu itu, Fikry tampil menjelaskan menerusi satu temubual bersama Melodi. Susulan itu, Michael menerusi Instagram tampil menceritakan perkara sebenar terjadi antaranya dengan Fikry.

BACA: Fikry Ibrahim Mengaku Individu Diarah U-Turn Masa Roadblock

Difahamkan, Fikry mendakwa Michael menawarkan satu projek kepadanya bagaimanapun dia mempunyai komitmen lain yang sudah dipersetujui dari awal.

Ujarnya, ia ada juga menunggu pengarah tersebut menghubungi pengurusnya untuk membincangkan soal projek berkenaan tetapi sayangnya tiada sebarang mesej atau perbincangan yang dilakukan.

Malah, Fikry mendakwa turut terkejut apabila dia dimasukkan dalam group Whatsaap produksi itu seolah dia sudah bersetuju dengan projek berkenaan sedangkan pihak pengurusan Fikry tidak memberikan apa-apa persetujuan.

Dakwa Fikry lagi, dia telah menghubungi pengarah berkenaan tetapi panggilan tersebut tidak jawab dan tidak menerima sebarang panggilan semula. Kata Fikry, pengarah terbabit ada memerlinya di dalam satu video. Walaupun tidak menyebut nama, Fikry tahu video tersebut seolah ditujukan kepadanya.

View this post on Instagram

@fikryibrahim Sila hadam Ini! @meloditv3 boleh guna ni untuk response i! Semua org tahu Kalau aku nak sembur org aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyj! Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list Pelakon yang I nak. Station yg nak walaupun i dah cakap kalau boleh i tak nak guna u selepas mengenali perangai u masa shoot Rahsia Hati Perempuan and tahu apa u buat kat set Akasia. Tapi station nak sgt I offer u. Kalau ikut logic bila u tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih and pada 2 -3 org yg dm aku nak defend idola u all Sila tgk video ni and hadamkan jugak! Luv u all stay safe. FOOTNOTE : KAU ORG NI PUN NAK KOMEN SILA TAHU FACTS YA! POSTING AKU NI MEMBALAS APA ORG MULAKAN DULU NYA. BAGI AKU THIS ISSUE IS NOTHING JUST DEFENDING MYSELF!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku, Michael berkata isu didakwa memerli pelakon itu, dia langsung tidak menyebut nama Fikry dan tidak sangka pelakon itu akan terasa.

“Tak payah nak Mukmin Mukmin (nama samaran yang disebut Fikry dalam Melodi). Cakap saja nama saya dan memang saya pun.

“Yang awak terasa bila saya sebut mengenai Virus FI itu, kenapa? Awak ke? Tak ada satu pun orang yang teka atau sebut nama awak. Semua teka freaking idiot, f***ing idiot. maksud aku freaking idiot. Yang kau terasa kenapa?,” katanya.

Menjelaskan mengenai pendedahan Fikry yang mengatakan bahawa reputasinya terjejas, Michael berkata, dia tidak pernah mendakwa bahawa Fikry menipunya dengan menerima tawaran lain.

“Bila cakap saya burukkan awak, saya burukkan apa? Saya beritahu orang stesen TV yang awalnya 10 hari (penggambaran lain) dan kemudian awak ada Keluarga Baha Don dan sebab itu tak mahu buat (drama Michael).

“Mereka (stesen) tanya, pastikah itu sebabnya? Jadi saya cakap, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, jadi mungkin awak tak mahu sebab dia dari bekas syarikat pengurusan awak. Saya cakap itu saja. Saya cakap mungkin, bukan ya atau tidak,” katanya.

Tambahnya, dia juga ada menerima panggilan daripada Fikry, namun terpaksa ditolak kerana masih dalam mesyuarat ketika itu.

“Ada saya cakap awak tipu, ambil tawaran lain dan tolak tawaran saya di saat akhir? Saya tak cakap begitu.

“Ya, semasa awak hubungi saya kali pertama, saya hantar mesej kata akan hubungi semula sebab ketika itu saya sibuk dalam mesyuarat. Tapi, saya tak hubungi semula sebab tak penting. Dah tak boleh buat, tak boleh buatlah,” katanya.

Dalam pada itu, Michael mengakui tidak berminat untuk menawarkan Fikry sebarang watak namun terpaksa berbuat demikian atas desakan pihak saluran televisyen.

“Dari mula nama kamu tidak ada pun dalam senarai pelakon yang saya hendak. Stesen yang hendak walaupun saya sudah cakap kalau boleh saya tidak hendak guna kamu.

“Tetapi stesen hendak sangat saya tawarkan pada kamu. Kalau ikut logik bila kamu tidak boleh buat saya patut gembira,” katanya di Instagram.

Diakhir perkongsian itu, Michael turut mengingatkan Fikry supaya sentiasa ingat bahawa kedudukan seseorang itu tidak akan sentiasa berada di atas.