fbpx

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Keempat

Pelakon Mia Ahmad yang juga isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi selamat melahirkan anak keempat, bayi lelaki pada Isnin lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Izham di Instagram serta mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan buat isteri serta anaknya.

BACA: Mia Ahmad Tak Kisah Dilabel Makcik Sebab Bertudung Labuh, Pakai Untuk Allah

“Syukur alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak keempat pada pada pukul 5.30 petang, semalam (Isnin).

“Terima kasih yang mendoakan. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Perkongsian Izham itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat serta beberapa barisan pemain bola sepak lain yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Untuk rekod, Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.